Saturday 31 December 2011

31/11/2011-Hari Terakhir belasan tahun ku berumur 19 tahun.

hai angka 19, hari ni adalah hari terakhir kau utk kau memegang status itu.. angka 1 itu hanya sekali seumur hidup, selama engkau bersama aku selama ini, macam2 kenangan yg kau tulis dalam sejarah hidup ku.. selepas ni angka 2 di depan akan muncul, jadi aku akan meninggalkan kau kerana aku kena teruskan hidup ini menjadi khalifah utk diri aku sendiri.. esok aku kena mula fikirkan masa depan aku bersama angka 2 itu.. apa2 pun aku akan merindui kau wahai kenangan belasan tahun aku..hehehe.. dah2.. tu je nk ckp kbaii.. :DD

Sunday 11 December 2011

randomzz~..

recently malas betul nk update blog. byk bende nk buat tapi asik tertangguh je. huhu. kbaii

Wednesday 30 November 2011

esok ptptn..!!

takuttt nyeee kalau kena rejecttt... permudahkanlah urusan ku ya tuhan ku... aminnn.. :). satu dokumen tak cukuppp...takut sangatttt..

Friday 25 November 2011

bunkface at MMU!

hari ni lepas habis kelas math pukul 2 ptg, aku pergi ke free show bunkface dekat CFC depan swimming pool. perghh! depan2 bhaiiiiii!! tapi sayangggg, aku dah lambat 2 jam! dorang start pkul 12 tadi kot! demm punye kelas.. huhhh. aku diri second row jea pun dah bersyukur giler dah tu dapat tengok secara live! bapak excited giler aku doh tadi! menjerit dengan dak2 seangkatan dengan aku, akram, naim, sofia, hanis, and elle. tadi tak sempat nk amek gamba sebab bateri phone dah kong.. kalau tak dah lama aku upload kat fb! hoho.. okey caw. esok kelas pagiiiii. salam~

Tuesday 22 November 2011

selsemaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

2 3 hari ni aku selsema teruk gila gila.. semua sensory neurone aku berjalan macam cencorot.. lembab nak mampuih.. hidung tak selesa kau tau takkk? demm.. btw, malaysia menang lawan indonesia dalam sukan sea dalam penentuan sepakan penalti.. boring lahh.. huhh.. okey caw.. :)

Tuesday 15 November 2011

pyiar..love..cinta..nenek kau.. :DD

malam ni aku tak boleh tidur. kenapa? sebab aku dengan tiba2 nya terfikir tentang pryar.. pryar tu apa? pryar tu adalah love..love tu apa? love tu cinta. cinta tu apa? kau balik kau tanya nenek kau, kalau kau tak tau jugak.. :D

sebenarnya aku takde pengalaman pun dalam kancah bercouple2 ni. boleh kate noob jugaklah. sebab aku tak berapa minat lahh.. byk kawan perempuan je, tapi dalam byk2 tu, 1 pun tak terbukak hati aku utk mencubanya. dalam usia nak masuk 20 ni, sekali pun aku tak pernah melafazkan kapel kat mana2 kawan perempuan yg aku kenal, apetah lagi orang yg aku tak kenal.

tapi...malam ni, cerita ni membuatkan aku terbangun untuk menulis isi hati aku ni. kebelakangan ni naluri aku selalu mendesak aku utk aku mencari sesuatu yg boleh ia sayangi dan disayangi. Cerita lama sewaktu sekolah dulu telah aku tinggalkan dan menjadi coretan sejarah hidup aku. dan sekarang aku nak bukak cerita baru untk love story aku.
urmmm... well, macam biasalah.. belum ada rezeki lagi kot yg aku berkenan dengan dia.. atau pun si dia tu belum muncul lagi untuk aku, ataupunnnn.. bukan masanya lagi untuk aku... uhuhuhu.. atauuupuuunnn.. si dia jugak sedang mencari hati yg satu lagi yg mungkin aku miliki.. haha..  cewahhh.. bagi aku lahh..kalau aku nak mencari pun, biarlah aku yg mulakan, sebab agak janggal sikit kalau pompuan tu yg ckp "aku suka kau bla bla bla.." kat lelaki.. bukan apa, aku pernah lalui situasi ni, aku rasa pening time tu jugakk.. hehe, okey2 dahh..

mungkin selama ni aku begitu strict utk memilih pasangan. bukan apa bro.., aku buat macam ni pun ada niat baik. aku tak nak berkapel dalam usia yg muda lepas tu kecewa kena tinggal cenggitu je ape kebende kau buat? aku tengok kawan2 aku, termasuk gak sedara aku, tahun depan je dah tukar org lain.. so kat situ aku dah boleh tangkap lah buat apa kapel usia belasan tahun ni..

dannnnn.. umur 20 tahun pun sudah dekat, aku rasa, naluri aku utk membuka hati aku kepada insan tersebut lebeh cerahlah gamaknya.. tapi aku tak terburu2 dalam hal ni, aku suka perhatikan seseorang itu supaya tak terlajak membuat keputusan. sebab hal ni berkaitan dengan perasaan orang, as well dengan perasaan aku. okeylah aku akan reveal kan ciri2 yg aku cari..hehe

si dia, kalau boleh selalu lah bertudung, kalau org yg aku berkenan tu tak bertudung tu adalah dengan syarat iaitu mestilah mempunya akhlak yg baik dengan orang tuaku dan dengan org sekelilingnya. walaupun si dia tak bertudung, masih boleh dibimbingkan? dan kalau org tu bertudung je lebeh tapi adab lari entah ke mana tak guna jugak macam sorang yg aku kenal sangat ni.. out terus dari list aku. kawan boleh lahhhh... tpi aku lebih preferred yg bertudung sebab aku suka org yg menjaga auratnya, dan kalau dah bertudung mestilah nampak cantikkan? apetah lagi kalau pandai main gitar mcm aku.. fuuuu.. memang aku org paling bertuah... hehe. kalau macm tu lah,, bonus utk aku.. hehe. lagi satu dia mestilah menjaga setiap solat 5 waktu dia, sehinggakan kalau boleh dia mengingatkan aku tentang solat, entah2 masa tu aku terlupa solat aku ke.. hehe.. sebab tu lah aku still single sehingga sekarang, sebab byk yg aku perhatikan tidak sepadan dengan aku.. aku rasa ada seorang tu, tapi hati aku tak payah dulu.. nanti dia akan datang dalam hidup kau dan rebutlah peluang itu.. < kata hati sanubari aku.. ok bye. itu jea yea.. salam.. :)

Sunday 30 October 2011

hai cinta.. ahaha :P

hohoho.. dah lama aku tak rasa bercinta, hehe, nanti tiba masanya aku akan hargainya sepenuh jiwaaaaa akuu... wow jiwangnya.. hehe. tapi sekrang tak jumpa cinta itu lagi melainkan cinta kepada Allah S.W.T. well, kita tunggu dan lihat yer.. assalamualaikum... :P

Monday 17 October 2011

degree 3 tahun bermula..

salam.. degree tiga tahun aku akan bermula bulan 10/2011 sehinggggaaaaa lah habis bulan 10/2014. lama gilaaa!! kbyee

Monday 3 October 2011

awak.., 5 tahun sudah berlalu..

hari ni.. tamat sudah program foundation aku selama setahun..susah senang dengan kawan2 universiti telah aku rasa.. disini jugak, aku telah belajar macam2 perkara terutama skali dengan kerenah2 kawan yg tinggal di bandar.. huh, tak macam aku, tinggal di kampung.. gombak tu ala2 kampung gak la kaaannn...? hehe. pape jelah.. zaman sekolah pun dah berlalu 2 tahun aku meninggalkannya.. PLKN pun aku dah jalani.. macam2 pengalaman aku kutip setakat ni.. alhamdulillah semua ni mesti ada hikmahnya untuk aku bersedia dalam dugaan hidup ini.. tetapi..satu je yang aku tak pernah jalani seumur hidup aku iaitu CINTA. Selama aku berkenalan dengan kawan2 yg banyak bergaul dengan aku.., tak pernah sekali pun yg benar2 menarik perhatian aku.. aku pun sering bertanya kepada diriku, adakah tuhan sengaja untuk tidak menghadirkan si dia lagi untuk aku masa usia yg muda ni.. hurmm.. aku tak nafikan yg aku memang banyak kawan perempuan tapi tu tak bermakna aku akan menyukai dia, cukup hanya sekadar berkawan..,berkawan kan lebih mesra.. kann? hehe..


sebenarnya.... aku dah lama tak merasai perasaan untuk menyukai seseorang itu dengan lebih dalam, yang boleh buat aku angau, hari2 teringat tentang dia, mana2 jea mesti ada dia.. sampai boleh buat aku jadi gila kau tau tak? haha.. betul.. perasaan tu datang pertama kali dalam hidup aku semasa tingkatan 4. Perasaan suka dekat si dia membuatkan dunia ni aku yang punyaaaaa..sampai macam tu skali aku suka dekat si dia yang mesra di panggil Elly. Tetapi.., langit tak selaluya cerah.. dia berpindah ke sekolah lain yang aku sendiri pun tidak tahu dimana dia sehingga sekarang, sehingga membuatkan aku murung selama seminggu.. perasaan suka ya amat, kemudian perasaan frust tu, semua aku rasai buat kali pertama masa tu.. selepas itu aku sedar yg Tuhan sebenarnya kadang-kadang menjauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita..Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita..


aku suka pepatah ini..


"Aku minta pada Allah sekuntum bunga yang cantik, ia beri kaktus berduri, aku minta seekor kupu-kupu, dia beri ulat berbulu, lalu aku sedih dan kecewa, kemudia kaktus itu berbunga dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik, begitu indah sekali. kini aku mengerti. itulah jalan Allah. Dia tidak memberi apa yang kita harapkan. tetapi dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang2 kita sedih dan kecewa, tetapi jauh di atas segalanya, Dia telah merancang yang terbaik dalam hidup kita. Bersyukurlah dan cuba menghargai apa yang ada dihadapan kita sentiasa......." best kan? ye sememangnya betul.. biarlah kenanga lalu jadi memori yang indah buat kita, agar kita kuat menghadapi masa hadapan. Kini aku berumur 19 tahun, dan ianya sudah 5 tahun berlalu perasaan cinta itu pertama kalinya datang hinggap dalam hati aku. dan aku masih teringatkannya sehingga hari ni dan aku akan simpan peristiwa itu dalam diari  hidup aku serapat2nya.


Selama tempoh 5 tahun tu, Pernah aku mencari penggantinya, tetapi tidak ada yang berkenan dalam hati aku, kalau ada pun hanya di mata shja, bukan di hati.. takpelah.. aku yakinn..masanya akan tiba juga untuk aku mencintai dan dicintai oleh seseorang itu insyallah. Dia telah merancang yg terbaik untuk aku mungkin. aku ingin sangat nak cakap kat dia..,awakk.., saya harap awak selamat walau dimana jua awak berada dan jaga diri awak tu baik-baik supaya jangan pengsan lagi ya.., jangan bersedih lagi, kuatkan semangat utk teruskan hidup ni..ya..walaupun ini sudah lama berlalu, saya nk awak tahu, dimana saja awak berada, awak adalah  perkara yang sangat indah pernah berlaku dalam hidup saya.. selamat tinggal awak.. selamat tinggal segalanya.. okeylah, aku rasa lega sikit dapat tulis apa yg terpendam dlm benak hati aku selama ni.. aku pun dah ikhlas menerimanya.. okey jumpa lagi Assalamualaikum.. :)

Saturday 1 October 2011

pertama sekali..TESTING

Okey tuan-tuan dan puan-puan, adik adik, kakak kakak, abang abang, sedara sedara, kawan kawan, sahabat sahabat, brader brader, disini saya nak ucapkan.......TESTING 1 2 3....  :D