Wednesday 22 May 2013

Al-Fatihah kpd arwah nenek...

beberapa hari sebelum nenekku meninggal dunia.

Waktu tu aku tengah menghadapi final exam utk semester ke lima. Mak aku dgn kakak aku pun dah sibuk msg2 aku, "man, balik la lagi man tengok nenek ni.. kesian nenek ni haa.." nenek aku haritu dia jatuh dlm rumah patah kaki dia smpai tak leh jalan.. masa tu aku di tengah2 peperiksaan lagi kalau nak balik pun jauh. Aku cakap dlm hatiku "nenek, sabar lah lepas man habis exam man datang tgk nenek". Nenek memanggil aku Liquman. Exam aku habis hari sabtu, aku plan nak balik hari isnin...

Kemudian, tiba lah hari pagi isnin tu, terbangun aku dari tidur sebab wan ( housemate) kejutkan aku solat subuh. Aku pun amek lah wuduk siap2.. Handphone aku berbunyi. Aku tengok nama, Wam, sepupu aku call. Dalam hati aku, apasal pagi gila dia call aku ni, tak pernah2 dia call aku pagi buta. Aku tekan butang answer, dengan nada yang sebak2 Wam cakap, "Man...kau kat mana?" "aku kat cyberjaya lagi, nnti aku balik", "man.. nenekkk...dahh..meninggal......jam 6.30 tadi", Aku "haa!! Astaghafirullah...innalillahwainnalillahijoriun.., okey nnti aku balik". hati aku tiba2 menggeletar, rasa lemas, lemah rasa mcm tak percaya. Dengan fikiran aku yg tengah nk ready solat subuh tu, terus lari fikir pasal nenek. Pagi tu aku sembahyang subuh tak berapa khusyuk. Plan hari isnin tu balik tengah hari, jam 8.50am aku dah gerak dari cyberjaya ke ampang..

Sepanjang perjalanan dari cyberjaya ke ampang tu, air mata aku  mengalir dn terus mengalir teringatkan kenangan aku dengan nenek dulu, last aku jumpa sebulan lepas.. aku menangis sepuas-puasnya sehingga sampai ke ampang, sebab aku taknak org tengok aku nangis kat situ, kira2 30 mnit baru aku sampai kat sana. Orang dah ramai kat situ, mengelilingi jenazah nenek, aku meluru ke bilik spupu aku jumpa mak aku. Aku tengok semua baru habis bersedih. Aku salam tangan mak aku yang sebulan gak tak balik kerumah, mak dgn sebaknya kata kat aku, " mann..dah..tengok..nenek..?. Tidak semena-mena aku tadi sebakk sangat2. Aku cuba semahu2nya tak mahu menangis depan mak, tapi air mata aku meleleh juga. "dahh...makk.." aku duduk tepi mak aku, dan aku peluk ibu aku..

Aku pergi ke depan, melihat jenazah nenekku kali terakhir, berkata dlm hatiku "nenek..telah pergi nenek meninggalkan kami semua, semoga nenek senang2 disana ya...". aku kesat2 mata aku... Byk yg aku kenang semasa nenekku masih hidup dulu... byk yg manisnya..

Aku rasa aku berhenti setakat sini sahaja sebab aku dah mula sebak. tak tahan lagi dah.
Ingatlah Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.. wallahualam.. selamat malam...
Bersenang-senanglah nenek ku disana...... Al-Fatihah



belek2 gambar masa foundation dulu.. ni yang aku jumpa. hehehe.


ni cerita zaman foundation, kira2 dua tahun lepas..


hari ni enjoy habis... dari balik kelas kul 2 trus pgi alamanda.. mula2 pergi McDonald's. aku datang lmbat sikit sebab kene paking jauh sket kat bwah. lepas order duduk lah kat meja sebelah dinding..tengah syok2 makan burger, tiba2 aku terpandangg seseorang yang pernah aku jumpa sebelum ni, masa zaman sekolah dulu.. in short muka dia iras2 mcm cinta pertama aku dulu..cewahh...hehe. mulut aku terucap "Elly"? biar betul ni.. urmm.. berdegup2 jantung aku.. tpi aku tknak lah terburu2 sgtkan.. mungkin aku salah orang kot.. kalau aku usya lama2, nnti dia perasan tk ke malu aku nnti..hehe. bahaya usya orang lama2.. tpi sekadar mencari kepastian je.. nak usya tu mestilah cover2.. lepas aku amati.................. bukannlah... dari tepi memang la nmpak mcm sama.. huh... sepanjang makan dengan kawan2 tu..aku termenung pnjang uh.. teringat cerita lama lahh.. susah nak lupakan.. dalam hati aku kata "kalaulah dia tak pindah hari tu..". then Akram tegur aku, "kau usya siapa doe man?". aku "takdek apelah.. cuma teringat first love masa kat sekolah jehh..hhehe".. " perghhh...jiwang giler shall..haha" -" hehe, dah kau tanya aku pun jawab lahh..orang kata doe Kram.. first love susah nk lupakan doe".. hehe. akram "kau usya yg mana? tudung putih ke hitam?" aku" tudung putih tu.. dari tepi nmpak sama tpi tak la akram, tu lah aku termenung je dari tadi.." akram" yg tudung hitam tu aku punya ehh. haha" aku"otak kau..haha".. si Naim nih tengah memanjangkan leher dia siapalah budak2 ni usya..haha sibuk je dia niehh.. si Sofia ni plak dah perasan aku usya dia..haha tk boleh bla tul la die nih.. datang pulak Hanis "jom2 pgi tgk wayang, tpi cite ape ahh?" sengal ajak gi wayang tk tau cite ape..dlam hati aku ckp la...hehe

okay hari ni wayang akram belanja aku...tengok cerita JANIN..hadoyai... boleh la jugakkk cite nihh.. akram..thx bro.. malas la nk cite pasal cerita tuh.. tengok sendiri lah ye.. lepas abes tgk cite tu. lepak jap kat food court..tengah sembang2 Akram ajak gi karaoke..perghhh...ni lagi ah..dia belanja lagi beb..tpi sorang kene byar kat dia RM2 je.. okeylah dah dia belanja kan..rezeki jgn ditolak..hehe. bessssssssssstttt gilaaa lahh. lepaskan tension..walhal 2 minggu lagi dah exam... sengal..haha