Friday 7 June 2013

Ayah(abak)..

13/2/2013

Pagi ni, dari jam 4.00 pagi sampai lah ke subuh aku dengan abak aku berborak sepanjang pagi. macam2 yang aku borak dgn apak aku. Sebenarnya aku dah lama tak borak panjang dengan apak aku ni. rasanya tak pernah kot. ni kali pertama aku spent time berceritaaa je dengan apak aku. apak aku ni dah berumur hampir 80 tahun. dalam IC lahir tahun 1940. tapi dia cerita kat aku, itu dalam IC je. Apak aku cakap dia lahir dalam 1934 lagi. so sekarang memang dah tua betul apak aku, dengan rambut botak licinnye lagi.. ehehe. entah kenapa pulak mood aku tetiba berborak dengan apak aku ni. Mungkin sebab kebelakangan ni aku jarang balik ke rumah, asik sibuk dengan belajar kat cyberjaya tuh. Lagipun apak aku ni batuk kuat pulak kebelakangan ni. kesian pulak. apak aku cakap dia tak boleh tidur, asik sakit je. so aku teman lah dia sekali sekala mlm2 borak2 dgn dia, boleh dengar apak aku cerita pasal sejarah belanda dulu, jepun pastu merdeka. fuhh.. apak aku memang terer sejarah. patutlah dengan aku sekali hebat dlm sejarah. haha. bangga diri plakk aii..

dalam borak2 tuh, boleh2 plak apak aku buat lawak.
aku cakap kat apak aku "bila abak start batuk2 ni? dah makin teruk man tengok." apak aku, " entah kebelakangan ni asik batuk je." Aku, "Abak hisap rokok lagi ke kebelakangan ni" ayah aku ni perokok tegar. apak aku cakap, "abak dah tak hisap lagi dah rokok". aku mencelah, " tulah, jangan lah hisap rokok lagi..kan dah batuk". apak aku, "alahhh..., monyet kat hutan pun boleh batuk, lembu kat kandang pun boleh batukk...." aku pun.. " hahahahaahhaha" aduihhh sakit nye perut aku gelak pagi2 buta nak mampuih tuh.. apak aku ni memang, orang cakap lain, dia cakap lain. pastu borak bende lain pulakk..

pastu waktu subuh pun datang. haaa..yang aku betul2 terharu gila. subuh kali ni aku berjemaah dengan apak aku. kali terakhir aku berjemaah dengan apak aku pun aku tak tau lah. dalam sembahyang subuh tu, hati aku sebak sengat. Aku tau, masa utk apak aku hidup kat dunia ni dah tak lama. aku takut ni adalah kali terakhir aku berjemaah dengan apak aku, lagi2 sembahyang subuh. masa tu aku betul2 sebak. Selepas tu, selesai sembahyang subuh, aku salam tangan apak aku dan aku cium tangan dia. Lepas tu, aku baca al-quran. utk tenangkan hati aku jap. Rupa-rupanya apak aku dengar yang aku baca al-quran kat bilik. Dia cakap kat aku, "selama man kat rumah, belajar baca al-quran dengan emak supaya lebih mantap bacaannya". aku pun " yelah bak.."

aku rasa masa tu, seolah-olah masa aku dengan apak aku dah semakin suntuk. tak taulah. ajal maut di tangan tuhan. wallahualam..

*abak, Man sayang abak.. Mak pun sama juga*

Wednesday 22 May 2013

Al-Fatihah kpd arwah nenek...

beberapa hari sebelum nenekku meninggal dunia.

Waktu tu aku tengah menghadapi final exam utk semester ke lima. Mak aku dgn kakak aku pun dah sibuk msg2 aku, "man, balik la lagi man tengok nenek ni.. kesian nenek ni haa.." nenek aku haritu dia jatuh dlm rumah patah kaki dia smpai tak leh jalan.. masa tu aku di tengah2 peperiksaan lagi kalau nak balik pun jauh. Aku cakap dlm hatiku "nenek, sabar lah lepas man habis exam man datang tgk nenek". Nenek memanggil aku Liquman. Exam aku habis hari sabtu, aku plan nak balik hari isnin...

Kemudian, tiba lah hari pagi isnin tu, terbangun aku dari tidur sebab wan ( housemate) kejutkan aku solat subuh. Aku pun amek lah wuduk siap2.. Handphone aku berbunyi. Aku tengok nama, Wam, sepupu aku call. Dalam hati aku, apasal pagi gila dia call aku ni, tak pernah2 dia call aku pagi buta. Aku tekan butang answer, dengan nada yang sebak2 Wam cakap, "Man...kau kat mana?" "aku kat cyberjaya lagi, nnti aku balik", "man.. nenekkk...dahh..meninggal......jam 6.30 tadi", Aku "haa!! Astaghafirullah...innalillahwainnalillahijoriun.., okey nnti aku balik". hati aku tiba2 menggeletar, rasa lemas, lemah rasa mcm tak percaya. Dengan fikiran aku yg tengah nk ready solat subuh tu, terus lari fikir pasal nenek. Pagi tu aku sembahyang subuh tak berapa khusyuk. Plan hari isnin tu balik tengah hari, jam 8.50am aku dah gerak dari cyberjaya ke ampang..

Sepanjang perjalanan dari cyberjaya ke ampang tu, air mata aku  mengalir dn terus mengalir teringatkan kenangan aku dengan nenek dulu, last aku jumpa sebulan lepas.. aku menangis sepuas-puasnya sehingga sampai ke ampang, sebab aku taknak org tengok aku nangis kat situ, kira2 30 mnit baru aku sampai kat sana. Orang dah ramai kat situ, mengelilingi jenazah nenek, aku meluru ke bilik spupu aku jumpa mak aku. Aku tengok semua baru habis bersedih. Aku salam tangan mak aku yang sebulan gak tak balik kerumah, mak dgn sebaknya kata kat aku, " mann..dah..tengok..nenek..?. Tidak semena-mena aku tadi sebakk sangat2. Aku cuba semahu2nya tak mahu menangis depan mak, tapi air mata aku meleleh juga. "dahh...makk.." aku duduk tepi mak aku, dan aku peluk ibu aku..

Aku pergi ke depan, melihat jenazah nenekku kali terakhir, berkata dlm hatiku "nenek..telah pergi nenek meninggalkan kami semua, semoga nenek senang2 disana ya...". aku kesat2 mata aku... Byk yg aku kenang semasa nenekku masih hidup dulu... byk yg manisnya..

Aku rasa aku berhenti setakat sini sahaja sebab aku dah mula sebak. tak tahan lagi dah.
Ingatlah Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.. wallahualam.. selamat malam...
Bersenang-senanglah nenek ku disana...... Al-Fatihah



belek2 gambar masa foundation dulu.. ni yang aku jumpa. hehehe.


ni cerita zaman foundation, kira2 dua tahun lepas..


hari ni enjoy habis... dari balik kelas kul 2 trus pgi alamanda.. mula2 pergi McDonald's. aku datang lmbat sikit sebab kene paking jauh sket kat bwah. lepas order duduk lah kat meja sebelah dinding..tengah syok2 makan burger, tiba2 aku terpandangg seseorang yang pernah aku jumpa sebelum ni, masa zaman sekolah dulu.. in short muka dia iras2 mcm cinta pertama aku dulu..cewahh...hehe. mulut aku terucap "Elly"? biar betul ni.. urmm.. berdegup2 jantung aku.. tpi aku tknak lah terburu2 sgtkan.. mungkin aku salah orang kot.. kalau aku usya lama2, nnti dia perasan tk ke malu aku nnti..hehe. bahaya usya orang lama2.. tpi sekadar mencari kepastian je.. nak usya tu mestilah cover2.. lepas aku amati.................. bukannlah... dari tepi memang la nmpak mcm sama.. huh... sepanjang makan dengan kawan2 tu..aku termenung pnjang uh.. teringat cerita lama lahh.. susah nak lupakan.. dalam hati aku kata "kalaulah dia tak pindah hari tu..". then Akram tegur aku, "kau usya siapa doe man?". aku "takdek apelah.. cuma teringat first love masa kat sekolah jehh..hhehe".. " perghhh...jiwang giler shall..haha" -" hehe, dah kau tanya aku pun jawab lahh..orang kata doe Kram.. first love susah nk lupakan doe".. hehe. akram "kau usya yg mana? tudung putih ke hitam?" aku" tudung putih tu.. dari tepi nmpak sama tpi tak la akram, tu lah aku termenung je dari tadi.." akram" yg tudung hitam tu aku punya ehh. haha" aku"otak kau..haha".. si Naim nih tengah memanjangkan leher dia siapalah budak2 ni usya..haha sibuk je dia niehh.. si Sofia ni plak dah perasan aku usya dia..haha tk boleh bla tul la die nih.. datang pulak Hanis "jom2 pgi tgk wayang, tpi cite ape ahh?" sengal ajak gi wayang tk tau cite ape..dlam hati aku ckp la...hehe

okay hari ni wayang akram belanja aku...tengok cerita JANIN..hadoyai... boleh la jugakkk cite nihh.. akram..thx bro.. malas la nk cite pasal cerita tuh.. tengok sendiri lah ye.. lepas abes tgk cite tu. lepak jap kat food court..tengah sembang2 Akram ajak gi karaoke..perghhh...ni lagi ah..dia belanja lagi beb..tpi sorang kene byar kat dia RM2 je.. okeylah dah dia belanja kan..rezeki jgn ditolak..hehe. bessssssssssstttt gilaaa lahh. lepaskan tension..walhal 2 minggu lagi dah exam... sengal..haha



Tuesday 12 June 2012

ya Allah, kuatkanlah seluruh jiwa dan ragaku..

jam 3.00 a.m aku masih tidak tidur walaupun menyedari yg aku ada kelas pagi pukul 9.00 sampai pukul 6.00p.m..  sebenarnya aku sudah lama sangat sangat tidak merasai perasaan disayangi oleh cinta manusia ini.. aku sangat rindukan senyuman dia.. kalau boleh aku ingin memilikinya atas ikatan yang sah! dan aku yakin aku mampu memberikannya seluruh jiwaku.. di universiti multimedia ni aku jumpa seseorang yg memang kena  tepat ciri2 yg aku inginkan.. pernah aku bercakap dgn dia atas tugasan yg diberikan dan aku berasa sangat selesa berkomunikasi dgn dia walaupun membahasakan diri masing2 "aku, kau" apatah lagi bila dia senyum.. heeee.. bertuah siapa yg memiliki dia satu hari nnti. fitrah manusia untuk merasai dicinta dan mencintai .. Ya Allah, peliharalah cinta aku ini untuk hambaMu yang benar2 berhak memilikinya kerana aku sangat menjaga cinta ku ini demi memelihara hati aku dari kesedihan. Sesungguhnya Engkau lah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. :)

Wednesday 2 May 2012

wahh.. Assalamualaikum 20-an!

Alhamdulillah genap 20 April yg lepas aku telah mencapai umur 20 tahun hidup di dunia ini. Aku sebenarnya tak sangka, cepatnyaaaaaa perjalanan hidup ni, rasa macam bulan lepas je habis SPM.. eehehhe.. hmmm.. pengalaman belasan tahun aku akan aku jadikan kekuatan utk aku teruskan perjalanan hidup ini meraih redhaNya.. hehe...senanyer aku takde bende pun nk cakapkan... k lah.. harapan aku yg masuk umur 20 an ni ialah.. harap2 ada jodoh yg mendatang..hahahahha. kbaii.. :)

Friday 9 March 2012

ya Allah.. kuatkan semangat ku..

sesungguhnya masa ini aku merasakan aku terlalu lemah untuk menghadapi ujian dariMu ya Allah. Di manakah salah dan silapku selama ini.. adakah aku terlalu sombong , bongkak dan dan.. ya Allah, aku rindukan diri ku yang dulu.. yang ikhlas apa sahaja di depan mataku.. aku merasakan aku berseorang menghadapinya.. ingin aku menangis malam ini menghadapi ujian ini, aku merasa sungguh kecil, sekecil zahrah malah lebik kecil dari itu.. tetapi air mata ini hanya mampu bergenang, hanya mampu menangis di hati yg hanya Mu sahajalah yang mengetahuinya.. ya Allah ya tuhanku..aku ingin mencari diriku yg dulu.. kuatkanlah semangat ku, menghadapi ujian Mu ini.. ku harap aku tidak berseorangan disini..


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu

-Afgan-

Ya Allah, berikanlah aku kekuatanMu.. sesungguhnya kepadaMu jualah kami datang, kepadaMu jualah kami kembali....

Wednesday 1 February 2012

halo halo halo halo halo uollllss..haha!

dah lama giler ler tk update bende ni.. sekarang tengah busy dengan revision tuk hadap final exam seminggu lagi.. cuak nyee lagi2 math! pening aku! aku mengharap dapat pointer yg memberangsangkan insyaallah. so ape yg perlu aku buat baik aku tutup laptop ni dan pergi belajar! pergi belajar lukman nurhakim! okey caw beybeyh.. ahaks.