Sunday 30 October 2011

hai cinta.. ahaha :P

hohoho.. dah lama aku tak rasa bercinta, hehe, nanti tiba masanya aku akan hargainya sepenuh jiwaaaaa akuu... wow jiwangnya.. hehe. tapi sekrang tak jumpa cinta itu lagi melainkan cinta kepada Allah S.W.T. well, kita tunggu dan lihat yer.. assalamualaikum... :P

Monday 17 October 2011

degree 3 tahun bermula..

salam.. degree tiga tahun aku akan bermula bulan 10/2011 sehinggggaaaaa lah habis bulan 10/2014. lama gilaaa!! kbyee

Monday 3 October 2011

awak.., 5 tahun sudah berlalu..

hari ni.. tamat sudah program foundation aku selama setahun..susah senang dengan kawan2 universiti telah aku rasa.. disini jugak, aku telah belajar macam2 perkara terutama skali dengan kerenah2 kawan yg tinggal di bandar.. huh, tak macam aku, tinggal di kampung.. gombak tu ala2 kampung gak la kaaannn...? hehe. pape jelah.. zaman sekolah pun dah berlalu 2 tahun aku meninggalkannya.. PLKN pun aku dah jalani.. macam2 pengalaman aku kutip setakat ni.. alhamdulillah semua ni mesti ada hikmahnya untuk aku bersedia dalam dugaan hidup ini.. tetapi..satu je yang aku tak pernah jalani seumur hidup aku iaitu CINTA. Selama aku berkenalan dengan kawan2 yg banyak bergaul dengan aku.., tak pernah sekali pun yg benar2 menarik perhatian aku.. aku pun sering bertanya kepada diriku, adakah tuhan sengaja untuk tidak menghadirkan si dia lagi untuk aku masa usia yg muda ni.. hurmm.. aku tak nafikan yg aku memang banyak kawan perempuan tapi tu tak bermakna aku akan menyukai dia, cukup hanya sekadar berkawan..,berkawan kan lebih mesra.. kann? hehe..


sebenarnya.... aku dah lama tak merasai perasaan untuk menyukai seseorang itu dengan lebih dalam, yang boleh buat aku angau, hari2 teringat tentang dia, mana2 jea mesti ada dia.. sampai boleh buat aku jadi gila kau tau tak? haha.. betul.. perasaan tu datang pertama kali dalam hidup aku semasa tingkatan 4. Perasaan suka dekat si dia membuatkan dunia ni aku yang punyaaaaa..sampai macam tu skali aku suka dekat si dia yang mesra di panggil Elly. Tetapi.., langit tak selaluya cerah.. dia berpindah ke sekolah lain yang aku sendiri pun tidak tahu dimana dia sehingga sekarang, sehingga membuatkan aku murung selama seminggu.. perasaan suka ya amat, kemudian perasaan frust tu, semua aku rasai buat kali pertama masa tu.. selepas itu aku sedar yg Tuhan sebenarnya kadang-kadang menjauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita..Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita..


aku suka pepatah ini..


"Aku minta pada Allah sekuntum bunga yang cantik, ia beri kaktus berduri, aku minta seekor kupu-kupu, dia beri ulat berbulu, lalu aku sedih dan kecewa, kemudia kaktus itu berbunga dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik, begitu indah sekali. kini aku mengerti. itulah jalan Allah. Dia tidak memberi apa yang kita harapkan. tetapi dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang2 kita sedih dan kecewa, tetapi jauh di atas segalanya, Dia telah merancang yang terbaik dalam hidup kita. Bersyukurlah dan cuba menghargai apa yang ada dihadapan kita sentiasa......." best kan? ye sememangnya betul.. biarlah kenanga lalu jadi memori yang indah buat kita, agar kita kuat menghadapi masa hadapan. Kini aku berumur 19 tahun, dan ianya sudah 5 tahun berlalu perasaan cinta itu pertama kalinya datang hinggap dalam hati aku. dan aku masih teringatkannya sehingga hari ni dan aku akan simpan peristiwa itu dalam diari  hidup aku serapat2nya.


Selama tempoh 5 tahun tu, Pernah aku mencari penggantinya, tetapi tidak ada yang berkenan dalam hati aku, kalau ada pun hanya di mata shja, bukan di hati.. takpelah.. aku yakinn..masanya akan tiba juga untuk aku mencintai dan dicintai oleh seseorang itu insyallah. Dia telah merancang yg terbaik untuk aku mungkin. aku ingin sangat nak cakap kat dia..,awakk.., saya harap awak selamat walau dimana jua awak berada dan jaga diri awak tu baik-baik supaya jangan pengsan lagi ya.., jangan bersedih lagi, kuatkan semangat utk teruskan hidup ni..ya..walaupun ini sudah lama berlalu, saya nk awak tahu, dimana saja awak berada, awak adalah  perkara yang sangat indah pernah berlaku dalam hidup saya.. selamat tinggal awak.. selamat tinggal segalanya.. okeylah, aku rasa lega sikit dapat tulis apa yg terpendam dlm benak hati aku selama ni.. aku pun dah ikhlas menerimanya.. okey jumpa lagi Assalamualaikum.. :)

Saturday 1 October 2011

pertama sekali..TESTING

Okey tuan-tuan dan puan-puan, adik adik, kakak kakak, abang abang, sedara sedara, kawan kawan, sahabat sahabat, brader brader, disini saya nak ucapkan.......TESTING 1 2 3....  :D