Friday 7 June 2013

Ayah(abak)..

13/2/2013

Pagi ni, dari jam 4.00 pagi sampai lah ke subuh aku dengan abak aku berborak sepanjang pagi. macam2 yang aku borak dgn apak aku. Sebenarnya aku dah lama tak borak panjang dengan apak aku ni. rasanya tak pernah kot. ni kali pertama aku spent time berceritaaa je dengan apak aku. apak aku ni dah berumur hampir 80 tahun. dalam IC lahir tahun 1940. tapi dia cerita kat aku, itu dalam IC je. Apak aku cakap dia lahir dalam 1934 lagi. so sekarang memang dah tua betul apak aku, dengan rambut botak licinnye lagi.. ehehe. entah kenapa pulak mood aku tetiba berborak dengan apak aku ni. Mungkin sebab kebelakangan ni aku jarang balik ke rumah, asik sibuk dengan belajar kat cyberjaya tuh. Lagipun apak aku ni batuk kuat pulak kebelakangan ni. kesian pulak. apak aku cakap dia tak boleh tidur, asik sakit je. so aku teman lah dia sekali sekala mlm2 borak2 dgn dia, boleh dengar apak aku cerita pasal sejarah belanda dulu, jepun pastu merdeka. fuhh.. apak aku memang terer sejarah. patutlah dengan aku sekali hebat dlm sejarah. haha. bangga diri plakk aii..

dalam borak2 tuh, boleh2 plak apak aku buat lawak.
aku cakap kat apak aku "bila abak start batuk2 ni? dah makin teruk man tengok." apak aku, " entah kebelakangan ni asik batuk je." Aku, "Abak hisap rokok lagi ke kebelakangan ni" ayah aku ni perokok tegar. apak aku cakap, "abak dah tak hisap lagi dah rokok". aku mencelah, " tulah, jangan lah hisap rokok lagi..kan dah batuk". apak aku, "alahhh..., monyet kat hutan pun boleh batuk, lembu kat kandang pun boleh batukk...." aku pun.. " hahahahaahhaha" aduihhh sakit nye perut aku gelak pagi2 buta nak mampuih tuh.. apak aku ni memang, orang cakap lain, dia cakap lain. pastu borak bende lain pulakk..

pastu waktu subuh pun datang. haaa..yang aku betul2 terharu gila. subuh kali ni aku berjemaah dengan apak aku. kali terakhir aku berjemaah dengan apak aku pun aku tak tau lah. dalam sembahyang subuh tu, hati aku sebak sengat. Aku tau, masa utk apak aku hidup kat dunia ni dah tak lama. aku takut ni adalah kali terakhir aku berjemaah dengan apak aku, lagi2 sembahyang subuh. masa tu aku betul2 sebak. Selepas tu, selesai sembahyang subuh, aku salam tangan apak aku dan aku cium tangan dia. Lepas tu, aku baca al-quran. utk tenangkan hati aku jap. Rupa-rupanya apak aku dengar yang aku baca al-quran kat bilik. Dia cakap kat aku, "selama man kat rumah, belajar baca al-quran dengan emak supaya lebih mantap bacaannya". aku pun " yelah bak.."

aku rasa masa tu, seolah-olah masa aku dengan apak aku dah semakin suntuk. tak taulah. ajal maut di tangan tuhan. wallahualam..

*abak, Man sayang abak.. Mak pun sama juga*