Tuesday 12 June 2012

ya Allah, kuatkanlah seluruh jiwa dan ragaku..

jam 3.00 a.m aku masih tidak tidur walaupun menyedari yg aku ada kelas pagi pukul 9.00 sampai pukul 6.00p.m..  sebenarnya aku sudah lama sangat sangat tidak merasai perasaan disayangi oleh cinta manusia ini.. aku sangat rindukan senyuman dia.. kalau boleh aku ingin memilikinya atas ikatan yang sah! dan aku yakin aku mampu memberikannya seluruh jiwaku.. di universiti multimedia ni aku jumpa seseorang yg memang kena  tepat ciri2 yg aku inginkan.. pernah aku bercakap dgn dia atas tugasan yg diberikan dan aku berasa sangat selesa berkomunikasi dgn dia walaupun membahasakan diri masing2 "aku, kau" apatah lagi bila dia senyum.. heeee.. bertuah siapa yg memiliki dia satu hari nnti. fitrah manusia untuk merasai dicinta dan mencintai .. Ya Allah, peliharalah cinta aku ini untuk hambaMu yang benar2 berhak memilikinya kerana aku sangat menjaga cinta ku ini demi memelihara hati aku dari kesedihan. Sesungguhnya Engkau lah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. :)